Tuesday 31 July 2012

PERSARAAN CIKGU GHAZALI


Tazkirah Ramadhan


Selamat Berpuasa Dari Kami Warga SKSK


KAEDAH MENCARI LAILATUL QADAR


KAEDAH PERTAMA: ( Kitab Jauhar Mauhub )
berkata Imam Ghazali Rahimullah " Lailatul Qadar itu ialah pada malam-malam ganjil di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan". Beliau juga memberikan formula untuk mendapatkannya seperti di bawah ini :



a) Jika awal ramadhan, jatuh pada hari

b) Ahad atau Rabu Malam 29 Ramadhan
c) Isnin Malam 21 Ramadhan
d) Selasa atau Jumaat Malam 27 Ramadhan
e) Khamis Malam 25 Ramadhan
f) Sabtu Malam 23 Ramadhan


KAEDAH KEDUA : ( Kitab Hasyiyah Fathul Wahab )

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;
a) jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
b) dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
c) dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
d) dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
e) dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

DOA JIKA BERTEMU LAILATUL QADAR


AMALAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid